Advertising

Monday 12 July 2010

[wanita-muslimah] Serangan bom 74 maut

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Serangan bom 74 maut

Mayat beberapa orang mangsa yang terbunuh dalam kejadian serangan bom di sebuah restoran milik rakyat Somalia di Kabalagala, Kampala ketika mereka sedang menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia antara Belanda dan Sepanyol melalui televisyen, kelmarin. - AFP

----------------------------------------------------------


KAMPALA 12 Julai - Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh, manakala 65 lagi cedera dalam dua letupan bom yang berlaku hampir serentak ketika orang ramai menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di dua tempat di ibu negara Uganda ini, malam tadi.

Serangan pertama yang meragut 49 nyawa berlaku di sebuah kelab ragbi sewaktu peminat bola sepak sedang menonton perlawanan akhir antara Sepanyol dengan Belanda pada skrin televisyen besar di luar bangunan.

Letupan kedua berlaku di sebuah restoran Habsyah, menyebabkan 15 orang maut dan ramai lagi cedera termasuk sekurang-kurangnya tiga rakyat Amerika Syarikat (AS).

Seorang warga AS terbunuh dalam letupan itu, kata jurucakap Kedutaan AS di Kampala, Joann Lockard.

Ketua polis Kampala, Kale Kaihura berkata, beliau percaya serangan itu dilancarkan oleh kumpulan militan paling digeruni di Somalia, al-Shabab yang diketahui ada kaitan dengan al-Qaeda di samping dianggotai oleh militan veteran dari Iraq, Afghanistan dan Pakistan.

Letupan di kelab ragbi itu dipercayai berpunca daripada seorang pengebom berani mati kerana kepala dan kaki yang terputus ditemui di tempat kejadian.

Jika terbukti al-Shabab mendalangi letupan itu, ia menandakan kali pertama mereka melancarkan serangan di luar Somalia.

Di Mogadishu, Somalia, seorang komander al-Shabab, Sheikh Yusuf Sheikh Issa hari ini berkata, dia gembira dengan serangan di Uganda itu tetapi dia enggan mengesahkan atau menafikan pembabitan al-Shabab.

Jumaat lalu, seorang lagi komander al-Shabab, Sheikh Muktar Robow menyeru anggota militan supaya menyerang sasaran di Uganda dan Burundi, iaitu dua negara yang menyumbangkan askar untuk pasukan tentera pengaman Kesatuan Afrika di Mogadishu.

Selain menempatkan askarnya di Mogadishu, Uganda juga melatih askar kerajaan Somalia dalam program tajaan AS dan Eropah. - AP

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Recent Activity:
=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

Milis ini tidak menerima attachment.
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Hobbies & Activities Zone: Find others who share your passions! Explore new interests.

.

__,_._,___

0 comments:

Post a Comment