Advertising

Wednesday 21 July 2010

[wanita-muslimah] Syria haram niqab di universiti

 

Refleksi : Apa komentar Anda yang mahir bin pandai seluk beluk dipakai niqab, burqa, jilbab etc? Mengapa harus dipakai?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Syria haram niqab di universiti

Niqab(kiri) Burqa(kanan)

----------------------------------------------------------


DAMSYIK 20 Julai - Syria mengharamkan pemakaian niqab di universiti-universiti di negara ini, dengan menyatakan bahawa pakaian itu bersifat politik.

Pengharaman itu menunjukkan satu persamaan yang jarang berlaku antara kerajaan sekular Syria dengan demokrasi Eropah yang menganggap pemakaian niqab dan burqa adalah satu ancaman.

"Kami telah mengeluarkan arahan kepada semua universiti supaya mengharamkan pemakaian niqab kepada wanita termasuk pelajar dan pensyarah," kata seorang pegawai di Damsyik kepada Associated Press semalam.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, arahan berkenaan berkuatkuasa di universiti-universiti awam dan swasta, bertujuan melindungi identiti sekular Syria.

Katanya, beratus-ratus guru sekolah rendah yang memakai niqab di sekolah-sekolah kendalian kerajaan, dipindahkan ke unit pentadbiran pada bulan lalu.

Arahan terbaru yang dikeluarkan kelmarin itu bagaimanapun tidak melibatkan tudung, yang biasa dipakai di Syria berbanding niqab.

Syria merupakan negara terbaru dari Asia Barat dan Eropah yang menimbangkan pemakaian niqab, satu simbol yang dikatakan pakaian konservatif Islam.

Pemakaian niqab juga diamalkan di negara-negara berfahaman sekular lain seperti Mesir, Jordan dan Lebanon, namun Jordan tidak menggalakkan pemakaian niqab dengan mengenengahkan laporan berita tentang pencuri-pencuri yang memakai pakaian itu untuk melindungi wajah.

Turki mengharamkan pemakaian tudung di universiti dengan banyak pihak berkata cubaan untuk membenarkan pemakaiannya di sekolah merupakan satu serangan kepada undang-undang sekular di negara itu.

Isu berkenaan hangat diperdebatkan di seluruh Eropah, dengan Perancis, Sepanyol, Belgium dan Belanda sedang menimbang untuk mengharamkan pemakaian niqab dan burqa atas alasan ia menjatuhkan maruah wanita. - AP

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Recent Activity:
=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

Milis ini tidak menerima attachment.
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Hobbies & Activities Zone: Find others who share your passions! Explore new interests.

.

__,_._,___

0 comments:

Post a Comment