Ibu pejabat Pemex meletup, 25 maut
MEXICO CITY 1 Feb. - Satu letupan kuat menggegarkan ibu pejabat syarikat petroleum dan gas Mexico, Pemex di sini semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.
Pasukan penyelamat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira 3.40 petang (5.40 pagi waktu Malaysia) di bangunan setinggi 54 tingkat itu dan punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
Letupan berkenaan menyebabkan tiga tingkat bangunan tersebut rosak teruk dan sebuah bumbung yang menghubungkan ruang tambahan dengan bangunan berkenaan runtuh.
Seorang jurucakap agensi jabatan pertahanan awam berkata, siasatan awal mendapati punca letupan mungkin disebabkan gas yang terkumpul di dalam sebuah bilik elektrik.
Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong berkata, seramai 17 wanita dan lapan lelaki terbunuh dalam letupan tersebut dan lebih 100 lagi cedera.
Katanya, pasukan penyelamat masih belum dapat memastikan jumlah sebenar mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Pasukan penyelamat yang turut dibantu unit anjing pengesan, helikopter dan beberapa buah ambulans telah dikerah ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat.
Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto dalam laman mikro Twitter berkata, seorang mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.
"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat lengkap berhubung insiden letupan tersebut, dan saya berharap tiada spekulasi dikeluarkan tentang kejadian itu," katanya.
Beliau turut mengarahkan usaha mencari dan menyelamat dilakukan secara berterusan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Syarikat gergasi Pemex merupakan firma petroleum dan gas keempat terbesar di dunia yang menghasilkan kira-kira 2.5 juta tong minyak sehari. - AFP
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130202/lu_03/Ibu-pejabat-Pemex-meletup-25-maut#ixzz2Jt122JCv
© Utusan Melayu (M) Bhd
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com
Milis ini tidak menerima attachment.






0 comments:
Post a Comment