http://www.utusan.
Rakyat Indonesia kecam Susilo
Oleh Borhan Abu Samah
borhan.samah@
AKTIVIS dan para pelajar melaung slogan dan mengibarkan kain rentang berarak menuju ke Istana Presiden semasa menunjuk perasaan membantah terhadap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Budiono di Jakarta, semalam. Dianggarkan 10,000 orang menyertai tunjuk perasaan yang melumpuhkan lalu lintas Jakarta itu. - AFP
------------
JAKARTA 28 Jan. - Puluhan ribu penunjuk perasaan hari ini membanjiri jalan-jalan utama di Jakarta dan beberapa bandar utama lain di Indonesia bagi mengecam 100 hari pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang dianggap gagal.
Tunjuk perasaan bermula pukul 11 pagi di hadapan Istana Presiden di Jakarta dan juga di Surabaya, Makassar dan Ambon.
Di Jakarta, kira-kira 10,000 orang ahli pelbagai pertubuhan kesatuan sekerja mengadakan tunjuk perasaan secara aman dengan membawa kain rentang dan poster serta melaungkan slogan anti-rasuah yang menjadi masalah kepada pemerintahan penggal kedua dan terakhir Susilo.
Tunjuk perasaan lain pula adalah bagi membantah pelaksanaan perjanjian kawasan perdagangan bebas dengan China dan kelompok yang mengecam sistem ekonomi neo-liberal yang dikatakan dianuti oleh Naib Presiden, Boediono yang juga bekas Gabenor Bank Indonesia itu.
Antara kain rentang yang dipasang adalah berbunyi 'Tukar Rejim, tukar sistem dan tolak SBY' iaitu nama panggilan Susilo di Indonesia. Namun dilaporkan Susilo tiada di Jakarta kerana menghadiri majlis di Banten.
Di hadapan pejabat Naib Presiden, polis terpaksa menghalang sekumpulan 150 penunjuk perasaan yang terdiri daripada mahasiswa yang bergabung di bawah Aliansi Mahasiswa Nusantara daripada memecah masuk.
Pada mulanya, mereka hanya menyampaikan ucapan menggunakan alat pembesar suara tetapi kemudian mara ke dawai kawat yang dipasang di sekeliling pejabat Boediono di Jalan Merdeka Selatan itu.
Para petugas keselamatan membentuk satu barisan bagi menahan kelompok mahasiswa itu daripada menerobos masuk.
Demonstrasi yang dilakukan serentak itu juga telah mengakibatkan Jakarta lumpuh akibat kesesakan lalu lintas yang teruk.
Seorang penunjuk perasaan yang mewakili Gerakan Indonesia Bersih, Adhie Masardi berkata, tindakan yang diambil hari ini adalah permulaan bantahan terhadap pemerintahan Susilo yang tidak mesra rakyat.
Dia juga menyerukan agar semua pihak yang terlibat dalam kes menyelamatkan Bank Century dipecat dan diganti dengan para pemimpin yang lebih berjiwa rakyat.
Sementara itu, polis menganggarkan kira-kira 10,000 orang terlibat di dalam tunjuk perasaan sekitar Jakarta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Republik Indonesia, Komisioner Jeneral Ito Sumardi berkata, data itu diperolehi hasil daripada pemerhatian anggotanya di lokasi kejadian.
"Maklumat yang diperoleh ada sekitar 10,000 orang menunjuk perasaan. Tidak kira kecil atau besar jumlahnya tetapi jangan bersifat ganas," kata Ito ketika turut terlibat mengawal penunjuk perasaan di Bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Senayan di sini.
Menurutnya, polis mengambil pendekatan bertolak-ansur dalam menangani demonstrasi kali ini bagi memastikan ia berjalan dengan aman.
"Kita harus fleksibel, tidak kaku menerapkan peraturan. Kalau mereka mahu sampai malam, ya silakan. Mudah-mudahan hari ini selesai dengan baik," katanya. - Utusan
[Non-text portions of this message have been removed]
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com
Milis ini tidak menerima attachment.
0 comments:
Post a Comment