http://www.utusan.
Krisis Bank Century, kedudukan Naib Presiden tidak terjejas
PENUNJUK-penunjuk perasaan membaling batu, kayu dan buluh ke arah pasukan polis yang menghadang pagar bangunan Parlimen Indonesia di Jakarta, semalam semasa membantah langkah kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyelamatkan Century Bank. Sepanduk besar yang digantung di pagar tertera ayat 'Tukar rejim, tukar sistem tanpa SBY (Susilo)'. - AFP
------------
JAKARTA 2 Mac - Satu siasatan jawatankuasa Parlimen Indonesia mengenai tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century gagal mencapai keputusan sebulat suara hari ini, namun dua teknokrat utama dalam Kabinet dijangka mengekalkan jawatan masing-masing.
Kegagalan itu menunjukkan keretakan serius dalam kerajaan campuran pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berhubung program pembaharuan di negara ini.
Syor-syor jawatankuasa tersebut mendapat perhatian rapi daripada pelabur kerana boleh memberi kesan kepada dua teknokrat yang merupakan tokoh pembaharuan utama iaitu Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati dan Naib Presiden Boediono.
Selepas berbulan-bulan mengadakan sesi keterangan, jawatankuasa itu mengemukakan dua syor bercanggah, yang disambut dengan ejekan dan sorakan oleh ahli Parlimen.
Di luar Parlimen, polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan yang berpuak-puak, sesetengahnya menyokong Susilo, manakala yang lain mengutuk tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century.
Syor pertama yang disokong oleh Parti Demokrat pimpinan Susilo dan dua sekutu rapatnya dalam jawatankuasa tersebut, menyifatkan tindakan menyelamatkan Bank Century sebagai bertujuan untuk melindungi Indonesia daripada krisis kewangan global.
Sungguhpun parti-parti bersekutu itu mengkritik bank pusat kerana kelemahannya dalam mengawal selia bank dan pihak berkuasa kerana pengendalian kes Bank Century itu, mereka tidak pula menuduh Menteri Kewangan atau Naib Presiden terlibat dengan sebarang salah laku.
Bagaimanapun, syor kedua yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan dua parti utama dalam kerajaan campuran Susilo menuntut siasatan jenayah dilancarkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang terhadap Sri Mulyani dan Boediono berhubung langkah menyelamatkan Bank Century dan pemberian pembiayaan jangka pendek kepada bank tersebut.
Anggota Parlimen dijadual membahaskan dua syor berbeza itu esok tetapi sesetengah ahli dewan menggesa perbahasan dan pengundian diadakan hari ini.
Kekecohan timbul di dewan apabila Speaker menangguhkan sidang.
Penyingkiran Boediono atau Sri Mulyani dijangka menjejaskan harapan untuk melihat kempen pembaharuan digiatkan semula di negara ini, di samping boleh mencetuskan penjualan
[Non-text portions of this message have been removed]
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com
Milis ini tidak menerima attachment.
0 comments:
Post a Comment