Advertising

Saturday, 1 May 2010

[wanita-muslimah] Tentang Gambaran Kemiskinan yang Dipertentangkan

 

Oleh: Mohammad Effendy bin Abdul Hamid

Pernah kepincangan keluarga miskin Melayu di sini dibandingkan dengan kaum Hispanik dan kulit hitam Amerika Syarikat.

Maklumlah, Singapura kini dalam liga negara maju seperti Amerika. Adakah perlu dan wajar perbandingan itu?

Selanjutnya, ada tanggapan agar lebih banyak pakar dan pekerja sosial diperlukan untuk membantu golongan Melayu yang pincang.

Baru baru ini saya terbaca tentang tuduhan yang dibuat oleh Singapura kepada Al-Jazeera yang dikatakan telah melaporkan gambaran yang salah tentang kemiskinan dan "homelessness" di Singapura, Jabatan Pembangunan Komuniti, Pemuda dan Sukan (MCYS ) mengecam saluran itu lagi kerana mengatakan bahawa keuntungan yang dibuat oleh jualan rumah sebelumnya yang dibuat oleh pasangan yang dilaporakan oleh Al-Jazeera sebelum itu tidak relevan dengan ceritanya.

Yang peliknya, sekarang perempuan yang diwawancara oleh Al-Jazeera itu telah mengatakan bahawa dia tidak menyedari mereka dari Al-Jazeera. Dia menyangka dia sedang berbicara dengan sukarelawan yang mahu menawarkan bantuan kepadanya. Balasan Singapura lagi-lagi dari Menteri MCYS Vivian Balakrishnan dalam Parlimen itu agak aneh juga. Dia mengatakan suami pasangan itu telah mengaut keuntungan sebanyak $ 224.000 dari penjualan rumah dan isterinya telah menerima bantuan kewangan sejak Julai lalu. Pasangan itu juga menolak tawaran untuk berpindah ke perumahan pensiunan, kata Dr Balakrishnan.

Jelas bahawa Menteri itu dan anggota-anggotanya tidak mahu dimalukan di dalam Parliamen. Tetapi saya kagum dengan proses penelitian yang dibuat oleh kementerian beliau. Seperti dalam sekelip mata sahaja badan itu menyediakan butir-butir dan fakta yan boleh digunakan untuk mempertahankan imeg badan itu. Lebih penting lagi, ia juga menunjukkan sebuah aspek kuasa yang membuat saya berfikir panjang. Nampaknya kementerian Singapura telah berusaha untuk menyimpan data-data dan "fakta" tentang warga negaranya. Berapa banyak mereka tahu tentang saya dan rakyat-rakyat Singapura yang lain? Dan sejauh mana maklumat itu boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik? Adakah maklumat peribadi wujud lagi di Singapura? Nampaknya tidak kalau kita melihat bagaimana kementerian itu dapat "mengetahui" isu pasangan itu dengan pantas sekali dan maklumat tentang mereka juga digunakan untuk "mengoreng" pasangan itu.

Ini juga membuat saya berfikir, kalau kementerian-kementerian Singapura sudah ada kemampuan untuk mengetahui rakyatnya dengan sangat terperinci, mengapa, seperti yang dikatakan oleh penerbit eksekutif Al-Jazeera Marcus Cheek, ia gagal "menangkap" mereka yang telah jatuh pada masa masa sulit?

Isu yang lebih penting kepada saya adalah kata-kata Al-Jazeera yang mahu mewawancara kementerian yang terlibat tetapi permintaan itu telah ditolak.

Sementara proses tuduh-menuduhi antara gergasi diperlaksanakan wajar kita memikirkan tentang situasi yang dialami pasangan Singapura itu. Kerana ditelan proses-proses dan peristiwa yang kompleks mereka akhirnya tidur dalam khemah di pantai dan menerima bantuan daripada kerajaan. Banyak lagi rakyat Singapura yang mengalami masalah seperti mereka. Website ini agak menarik dalam perbincangnya tentang masalah sedemikian.

http://theonlinecitizen.com/2010/04/asia-calling-singapore-homelessness/

Wajar juga kita mengetahui matlamat HDB Housing Development Board dalam memahami isu ini. Sejarahnya bermula dengan tujuan untuk menyelesaikan krisis perumahan kebangsaan yang berlaku pada tahun enam puluhan. Beribu flat HDB dibina dalam masa kurang dari tiga tahun dan pada tahun 1965 HDB telah membina 54000 rumah dan sekarang ini sekitar 84 peratus orang Singapura tinggal di flat HDB.

Matlamat HDB memang tulus dan benar. Singapura tetapi nampaknya masalahnya bukan membina rumah lagi. Ia memastikan rakyatnya mahu rumah yang dibina itu.

*Penulis adalah warganegara SIngapura, mahasiswa program doktoral jurusan sejarah di University of Hawaii at Manoa, Honolulu, Hawaii.

http://www.rakyatmerdeka.co.id/news/2010/05/01/92499/Tentang-Gambaran-Kemiskinan-yang-Dipertentangkan

http://finance.groups.yahoo.com/group/media-soloku/
http://groups.google.com/group/suara-indonesia/
http://media-klaten.blogspot.com/
http://businessandfinance-bikini.blogspot.com/
 

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Recent Activity:
=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

Milis ini tidak menerima attachment.
.

__,_._,___

0 comments:

Post a Comment