Advertising

Sunday 16 May 2010

[wanita-muslimah] Ketua JI nafi terlibat

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Ketua JI nafi terlibat

JAKARTA 16 Mei - Seorang ulama Indonesia yang didakwa berperanan sebagai ketua kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), menafikan penglibatannya dengan sekumpulan suspek militan yang ditahan dalam beberapa serbuan oleh pihak berkuasa Indonesia pada bulan ini.

Media tempatan melaporkan, beberapa suspek yang ditahan pada bulan ini berhubung penemuan sebuah kem latihan militan di wilayah Aceh Februari lalu, mempunyai kaitan dengan kumpulan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) pimpinan Abu Bakar Bashir.

Semua suspek itu dilapor telah ditahan pada 6 Mei dalam satu serbuan antikeganasan di sebuah bangunan di selatan Jakarta yang digunakan sebagai pangkalan JAT, kumpulan yang diasaskan oleh Abu Bakar pada 2008.

Bagaimanapun, Abu Bakar memberitahu akhbar Indopos bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan militan seperti yang didakwa.

"Saya telah dianiaya. Saya tidak tahu dan tidak terlibat dengan sebarang pergerakan serta latihan di Aceh.

"Dari segi organisasi dan aktiviti, JAT berbeza dengan kumpulan-kumpulan pengganas di Aceh. Tetapi JAT masih dikaitkan dengan pergerakan militan," katanya seperti yang dipetik akhbar terbabit.

Polis sebelum ini berkata, suspek kemungkinan mempunyai hubungan dengan JI.

Penemuan kem latihan di Aceh Februari lalu membawa kepada operasi serbuan antikeganasan di seluruh negara ini.

Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri Jumaat lalu berkata, seramai 58 pengganas telah ditahan dan 13 telah dibunuh dalam beberapa siri serbuan sejak tiga bulan lalu.

Abu Bakar sebelum ini pernah dipenjarakan kerana menjalin hubungan dengan JI, namun beliau kemudian dibebaskan. - AFP

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Recent Activity:
=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

Milis ini tidak menerima attachment.
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Hobbies & Activities Zone: Find others who share your passions! Explore new interests.

.

__,_._,___

0 comments:

Post a Comment