Advertising

Monday, 22 February 2010

[wanita-muslimah] Iklan isu royalti kelirukan, cetus implikasi baru

 

Iklan isu royalti kelirukan, cetus implikasi baru
Posted on Monday, February 22 @ 06:50:50 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Sumber The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat
menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak
implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku
Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan
satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak
untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan
Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan
juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum
kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga
batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

"Iklan itu
gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia
ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan
bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri
ini.

"Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam),
Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai
lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti
minyak).

"Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan," kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun
begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2
bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu,
RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli
Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada
pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan
petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh
itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada
memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di
kawasan tiga batu nautika sebenarnya "satu penghinaan kepada
kebijaksanaan" seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan
penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan
menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di
Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat
mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti
kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau
semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan
yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan
peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian
yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku
Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa
pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat
tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas
perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Katanya,
tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu
tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno
di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan
seperti ini.

"Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri
berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui
(kepentingan) Kelantan.

"Hujah yang diletakkan dalam iklan
semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula
jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka," katanya.

Ia juga
menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan
mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.

"Salah
satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh
Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk
mendapatkan bayaran minyak (tunai).

"Ini bermakna selepas
memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang
(pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali
bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.

"Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai," katanya.

Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.

"Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.

"Ia
bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno
berdiri," kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya
berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang
diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi
berparlimen.

Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.

"Melayan
Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka
kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan
negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen," katanya.- The Malaysian Insider.

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

Milis ini tidak menerima attachment.
.

__,_._,___

0 comments:

Post a Comment