Advertising

Thursday 16 June 2011

[wanita-muslimah] Afghanistan paling berbahaya untuk wanita

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm

ARKIB : 16/06/2011

Afghanistan paling berbahaya untuk wanita

LONDON 15 Jun - Keganasan, kemiskinan dan masalah kesihatan yang teruk menyebabkan Afghanistan muncul sebagai negara yang paling merbahaya kepada wanita di dunia, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Yayasan Thomson Reuters hari ini.

Congo pula dinamakan sebagai negara kedua paling merbahaya kepada wanita di dunia dan menghampiri kedudukan Afghanistan kerana bilangan kes rogol yang menakutkan.

Pakistan, India dan Somalia masing-masing di tangga ketiga, keempat dan kelima dalam tinjauan di seluruh dunia berhubung pendapat mengenai ancaman kepada wanita dalam aspek penderaan domestik, diskriminasi daripada segi ekonomi dan serangan asid.

Menurut Ketua Women Change Makers, Antonella Notari, gabungan konflik yang berterusan, serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan amalan tradisi membuatkan Afghanistan menjadi negara paling merbahaya di dunia untuk wanita.

"Malah, wanita yang cuba menyuarakan pendapat atau yang berperanan dalam masyarakat sehingga mencabar stereotaip tentang jantina seperti menjadi polis atau pemberita sering diugut dan dibunuh," katanya yang mengetuai kumpulan yang memberi sokongan kepada usahawan wanita di seluruh dunia.

TrustLaw, sebuah perkhidmatan berita yang dikendalikan oleh Yayasan Thomson Reuters merasmikan TrustLaw Women, sebuah pusat global bagi mendapatkan berita dan maklumat tentang hak wanita dengan mengeluarkan tinjauan ini.

Trustlaw membuat tinjauan pendapat ke atas 213 pakar jantina dari lima buah benua untuk menyenaraikan negara yang paling merbahaya diduduki oleh wanita menurut pendapat keseluruhan dan berdasarkan enam jenis risiko.

Risikonya ialah ancaman kesihatan, keganasan seksual, keganasan, keganasan bukan seksual, faktor budaya atau agama, kekurangan sumber dan perdagangan haram manusia.

Beberapa pakar menyatakan tinjauan itu menunjukkan faktor bahaya yang tidak ketara seperti diskriminasi terhadap wanita yang tidak seteruk pengeboman, tembakan, membaling batu kepada wanita dan kes rogol yang terok di zon konflik.

"Saya rasa tinjauan sepatutnya dibuat secara lebih menyeluruh dengan melihat apa sahaja kesan yang merbahaya kepada wanita," kata pakar jantina, Elisabeth Roesch. - Reuters

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Recent Activity:
=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

Milis ini tidak menerima attachment.
.

__,_._,___

0 comments:

Post a Comment