Sayup-sayup saya teringat ada tulisan kira-kira di milis ini bunyinya kira-kira spb: Zaman Nabi Muhammad SAW hanya membentuk komunitas Muslim tanpa berbentuk negara.
Maka untuk itu saya kemukakan di bawah ini:
===============================================
Struktur Negara Islam pada Zaman Nabi Muhammad SAW
===============================================
Mempelajari struktur pemerintahan Negara Islam yang pertama di Madinah dengan qaidah yang disusun oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda merupakan kajian yang amat penting bagi semua pemikir Islam, pengkaji politik dan semua
negarawan. Struktur Negara Islam semasa Nabi SAW telah sampai kepada kita secara mutawatir dalam bentuk umum, dan diperincikan melalui riwayat. Telah diketahui secara mutawatir, bahawa Rasulullah SAWsendiri telah mendirikan struktur Negara Islam, melengkapkannya semasa baginda masih hidup dan meninggalkan bentuk pemerintahan yang diketahui umum dan dapat dikaji sepanjang masa.
Rasulullah SAW merupakan ketua negara dan telah memerintahkan kaum Muslimin agar melantik ketua negara untuk mereka, yang akan menjadi khalifah dalam mengetuai Negara Islam dan bukan dalam urusan penyampaian risalah kenabian. Ini karana kenabian tamat sampai Rasulullah SAW. Perintah ini dapat dikaji dalam hadits-hadits yang memerintahkan perlantikan seorang khalifah atau imam, sebagaimana hadits dari Abu Hurairah yang menyatakan:
"Bani Israel dahulu telah diurus oleh para nabi. Apabila seseorang nabi (Bani Israel) wafat, maka digantikan oleh nabi yang lain. Sedangkan tiada seorang nabipun setelah saya. Dan akan ada (yang menguruskan urusan umat ini) para khalifah, dan mereka banyak.' Mereka (sahabat) bertanya: 'Apakah yang Tuan perintahkan kepada kami?' Rasulullah SAW bersabda: 'Penuhilah baiah pertama, dan (berpeganglah) yang pertama. Berikanlah kepada mereka haknya.'" [Al-Bukhari, Sahih, hadits no. 3196, Muslim, Sahih, hadits no. 3429]
Rasulullah SAW juga bersabda:
"Imam (khalifah) tiada lain adalah perisai, yang (umat Islam) akan berjihad di belakangnya, dan dengannya (umat Islam) berlindung." [Al-Bukhari, Sahih, hadith no. 3737, Muslim, Sahih, hadits no. 3428]
Merupakan perkara yang pasti bahawa Nabi SAW telah menguruskan kesemua urusan negara, mulai dari urusan pemerintahan, perundangan, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Rasulullah SAW merupakan ketua negara, kadi dan panglima angkatan perang. Dalam menjalankan tugas ini, baginda SAW dibantu oleh banyak pembantu, ketua tentera, pencatat pengurusan, para wali, hakim dan kadi. Dari sini dapat diperhatikan, bahawa sebagai ketua negara, Rasulullah SAW telah mempunyai sistem pemerintahan yang lengkap.
-------------------------------
Struktur Pemerintahan
-------------------------------
Tidak semua yang dilakukan oleh Nabi SAW. dalam menjalankan fungsi sebagai ketua negara dapat digolongkan dalam "struktur". Adapun "struktur" merupakan yang tetap dan sentiasa ada sepanjang hayat baginda SAW yang kemudian
diteruskan oleh para Khalifah dalam negara Khiilafah. Adapun bentuk yang berubah-ubah, dapat dikelompokkan dalam bahagian "struktur" dan bukan merupakan "struktur" yang tersendiri.
------------------
Ketua Negara
------------------
Semasa kaum Ansar melakukan baiah Aqabah Pertama, mereka telah berjanji kepada Rasulullah SAW untuk membentuk kekuatan yang perlu untuk memastikan diperolehinya kekuasaan di Madinah untuk baginda. Setelah ini berhasil dilakukan, mereka telah mengadakan perjanjian antara sesama mereka dan bersetuju untuk memberikan perlindungan kepada Rasulullah SAW agar baginda dapat membentuk negara di Madinah dan secara nyata terwujud setelah mereka membaiah Rasulullah SAW dan memberikan ketaatan kepada baginda SAW sebagai ketua negara mereka.
Rasulullah SAW tidak berhijrah kepada mereka sehingga benar-benar ada jaminan dalam pembentukan Negara Islam di Madinah. Apabila ini wujud, baginda saw. sendiri memimpin pengurusan urusan kaum muslimin dan penerapan hukum Islam. Baginda SAW secara langsung mengetuai angkatan perang kaum muslimin melalui pelbagai peperangan, mengadakan perjanjian dengan kabilah-kabilah dan negara-negara jiran serta mengirim surat kepada raja-raja dan regim-regim yang ada untuk menyeru mereka kepada Islam.
-------------------------
Naib Ketua Negara
-------------------------
Ketika Rasulullah SAW keluar dari Madinah untuk berperang, menunaikan ibadah haji ataupun umrah, baginda SAW senantiasa melantik seseorang yang akan "menggantikan" kedudukan baginda SAW dalam menguruskan urusan umat Islam. Status "Naib Ketua Negara" ini hanya sementara dengan masa dan keadaan yang tertentu. Bilangan naib baginda SAW dalam masa 10 tahun pemerintahan telah mencapai 21 orang.
---------
Wazir
---------
Nabi SAW telah melantik pembantu untuk membantu baginda SAW dalam hal ihwal pemerintahan. Pada zaman Nabi SAW, mereka ini dikenali sebagi wazir. Rasulullah SAW telah meminta pandangan mereka dan menyerahkan hal ihwal pemerintahan, mahkmah, peperangan dan urusan umum yang lain kepada mereka. Dari Abi Said al-Khudri berkata, Rasulullah SAW. bersabda: "Adapun dua orang wazirku dari penduduk bumi adalah Abu Bakar dan 'Umar." [At-Tirmidhi, Sunan, hadit no. 3613, an-Nasa'i, Sunan, hadith. no. 4133]
Semuanya dengan jelas menyatakan, bahawa jabatan wazir merupakan salah satu struktur yang wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Akan tetapi, Rasulullah SAW seoranglah yang bertugas menjalankan pemerintahan. Tidak terdapat satu dalilpun yang menunjukkan bahawa baginda SAW telah menyerahkan kepada Abu Bakar dan 'Umar agar mereka menjalankan pemerintahan. Hanya perlu dicatat, bahawa dengan mereka dijadikan wazir, bererti menjadi indikasi bahawa mereka masing-masing diberi bidang kuasa untuk menjalankan tugasan kewaziran, yaitu bidang kuasa masing-masing untuk menjalankan tugasan pemerintahan. Akan tetapi secara praktikal, untuk menjalankan tugasan tersebut, Abu Bakar atau Umar masing-masing hanya menjalankan penugasan (taklif) khas dari Rasulullah SAW.
-----------------------------------------
Setiusaha (Bitanah) Nabi SAW
-----------------------------------------
Bitanah merupakan setiusaha dan penasihat Nabi SAW. Al-Bukhari telah menulis satu bab khusus tentang Bitanah al-Imam wa Ahl Masyuratih (Setiausaha Khalifah dan Ahli Mesyuaratnya). Nabi SAW telah melantik seorang pemegang rahsia baginda, iaitu "Setiausaha Umum Negara", yang diamanahkan kepadanya pelbagai rahsia yang berhubungkait dengan hal-ihwal keamanan negara. Abi Sa'id al-Khudri berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:
"Allah tidak pernah mengutus seorang Nabipun dan tidak pernah menggantikan seorang khalifahpun, kecuali ia mempunyai dua bitanah (setiausaha). Setiausaha yang memerintahkannya kepada kemakrufan dan mendorongnya untuk melakukannya, serta setiausaha yang memerintahkannya mencegah keburukan dan mendorongnya. Adapun orang yang terjaga, adalah sesiapa saja yang dijaga oleh Allah SWT."12 [Al-Bukhari, Sahih, hadith no. 6659]
---------------------------
Angkatan Bersenjata
---------------------------
Angkatan bersenjata Negara Islam adalah satu, iaitu askar, yang terdiri dari batalion-batalion, pengawal dan perajurit sempadan. Rasulullah SAW sejak mula-mula menjadi ketua negara telah menyiapkan angkatan bersenjata. Bagindalah SAW yang secara langsung telah mengetuai (komandan) peperangan. Baginda SAW juga melantik para ketua pasukan yang keluar untuk berperang, tanpa kehadiran baginda SAW di sisinya. Mereka ini adalah detachment (pasukan gerak khas). Baginda juga telah melantik batalion dan menyerahkan panji batalion kepada mereka.
Bilangan anggota tentera Rasulullah SAW dalam tahun 1 H sehingga Perang Badar adalah 313 orang. Mereka terdiri daripada 207 orang Ansar dan 106 orang Muhajirin. Sementara kaum muslimin yang lain telah menjadi askar cadangan yang kuat. Adapun bilangan askar kaum muslimin pada masa-masa akhir hidup baginda saw. telah mencapai 30,000 orang askar jalan kaki, dan 6,000 penunggang kuda. Ketika pihak Makkah telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah, RasuluLlah SAW bergerak menuju Makkah, dan dalam perjalanan beberapa qabilah lain datang bergabung dengan RasuluLlah SAW. Tatkala pasukan itu tiba di FARAN jumlahnya telah mencapai 10.000 orang.
Rasulullah SAW juga telah menguruskan hal ihwal pentadbiran (manajemen) ketenteraan, seperti persediaan logistik, pelatihan, persenjataan, panji dan bendera pasukan. Rasulullah SAW pernah memasukkan senjata baru yang belum pernah dikenali di Hijaz. Baginda SAW juga telah mengutus dua orang untuk ke kilang pembuatan senjata di Yaman agar mempelajari cara membuat "kereta kebal". Baginda SAW juga telah menggunakan senjata jenis manjanik, dabur dan hisk dalam peperangan.
WaLlahu a'lamu bi al-shawaab
(Dari berbagai sumber)
Wassalam
HMNA
[Non-text portions of this message have been removed]
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Twitter: http://twitter.com/wanita_muslimah
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:wanita-muslimah-unsubscribe@yahoogroups.com
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com
Milis ini tidak menerima attachment.
0 comments:
Post a Comment